Jumaat, 13 April 2012

Petua dapat rezeki banyak...





Assalammualaikum..


Selamat hari jumaat.Esok adalah hari bermalas-malasan yeahhh..Wah tajuk entry sangatlah menarik perhatian.Alhamdulillah moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki yang di berkati Allah,bukan
sahaja kita amalkan surah ini,kita jugak haruslah patuh dengan suruhanNYa serta kita men
gamalkan 3 perkara usaha doa & tawakal.Harap doa serta tips entry CP pagi ni memberi manfaat buat kita bersama.


SURAH AL WAQIAH





Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca Surah Al-Waq’iah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

*Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), InsyaAllah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan rezeki.

*Supaya menjadi orang yang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh 3 kali dan 3 kali selepas solat isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

*Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu, bermula pada hari jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam jumaat berikutnya; pada malam jumaat berikutnya itu, selepas solat maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat ke atas nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan bersedekah. Kemudian amalkan surah ini pada waktu pagi dan petang. InsyaAllah berhasil.

*Surah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, InsyaAllah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca di sisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika ditulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah.


2 ulasan:

sekadar satu coretan berkata...

Terima kasih yee..saling ingat mengingati...

emarieys berkata...

nice post..

terima kasih datang ke blog mamaema..dan salam kenalan

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998