Khamis, 26 Julai 2012

Sahur pagi tadi..

Assalammualaikum....

Sahur apa apa pagi tadi.Hari nie saya teringgin sangat nak makan nasi lemak.So dengan gigihnya kol 3 pagi buat nasi lemak simple jer..ermmm puas hati makan...

Nasi lemak simple

Bahan-bahan
* 2 cawan beras
* 2 cawan santan cair (jangan yang cair sangat ye) @ ikut sukatan air beras masing- masing
* Garam & majerin sedikit - tujuannya agar nasi tu rasa lemak sedap
* Halia & daun pandan.

Cara-cara

1. Cuci beras bersih-bersih dan masukkan dalam periuk.

2. Masukkan santan, daun pandan , majerin dan sedikit garam. Kacau sebati

3. Masak seperti nasi biasa sehingga masak. Bila dah masak, balik-balikkan sikit permukaan nasi agar berderai.

4. Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan sambal bilis, telur rebus,telur mata atau lauk pilihan mengikut selera korang.


Tiada ulasan:

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998