Sabtu, 22 September 2012

Pujuk anak...pikat dia

Assalamualaikum...

Menu petang tadi CP goreng bihun dengan bubur caca.Antara 2 menu ni, bihun langsung anak-anak tak sentuh.Mau taknyer nampak hijau dah tak nak(sayur),tapi nampak hijau dalam bubur caca nak makan sampai licin.


Kalau nak bercerita bab makan ni,anak-anak CP memang susah nak makan sekitar masa umur 3-5 tahun.Minum susu dan nak main jer dorang fikir,makan ni jenuh memaksa,berdrama bagai la si ibu ni.Susah nak makan,sayur lagilah susah.kalau waktu kecik suka jer CP  dengan selera makan dorang tak sempat nak suap dah nganga mulut.



Waktu kecik badan pipi cubby dah besar kurus jer,bila balik kampung mak ayah tegur." await kuruih sangat cucu wan ngan mak tok ni,ibu tak bagi makan ka?iskkk.. Sakit hati,bila kat kampung selera makan dorang meluap-luap,berebut sampai bertambah-tambah mana taknya ada orang melayan dengan ada sepupu sepapatnya. Vitamin ni macam-macam dah bagi tapi tetap sama jugak tak ada selera makan.

Sekarang apa yang CP lakukan.

1-Cuba peka- dalam banyak-banyak menu masakkan kita pasti ada 1 yang memikat selera dorang sampai mintak tambah.So kita rajin-rajinla masak makanan tu tapi kreatifkan lah.Sama ja sat g jemu plak.

2-Berkuah - selalunya budak-budak nie suka maknan yang berkuah.

3-Jus-  kalau sayur ni harap maaf la selit kot mana pun tetap dia buang dan tak nak makan,so sekarang apa yang CP buat adalah jadikannya jus minuman.Sah-sah dorang minum dan telan kreatifkan letak aiskrim atau manik-manik bg menarik untuk di minum.

4-Buah-buahan-beli buahan yang mereka suka.

5-Roti- macam-macam boleh resepi dengan guna roti,roti boleh jadi pengganti nasi.

6-Pencuci mulut-buat lah  cupcake, dadih ,triffles dan agar-agar tentu dorang selera,sebab cantik dan warna warni.

7- Drama & bagi contoh- CP siap berdrama lagi.contoh bgtau pada mereka " adik kesian nasi ni,adik tak nak makan dia dah menagis tak tau nak duduk mana,nasi kena duduk dalam perut" nanti dia akan tanya knp mengapa jawab la korang sambil menyuap yer.Tunjukkan contoh gambar atau citer kartun yang sedang makan ..kat mana lagi dalam youtube arrr ,macam citer upin ipin tengah makan nasi dengan ayam goreng ker...dorang ni cepat terpengaruh mesti dorang makan.

opsss jangan risau rasanya ni normal,kalau dorang tak nak makan nasi sediakan roti dan biskut janji dorang makan,selera dorang akan bertukar bila dah berumur 6 tahun masa tue jenuh la kita melayan dengan permintaan dirang suruh masak itu dan ini,lepas tu makan bertambah-tambah.

Setakat nie yang CP lakukan untuk anak-anak.Kalau korang ada cara lain boleh kongsi dengan CP yer.

1 ulasan:

Hidayah berkata...

anak dayah jenis pemakan..

tak susah nak kasik dia makan sejak dia kecil dulu...

:)

jadik dayah tak berapa nak ada pengalaman menghadapi anak tak mau mkn..

:)

(kecuali semalam , dia cam pak roti kat tingkap)
:(
sedih pulak teringat nih..

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998