Jumaat, 26 April 2013

Cepatla bulan 6

Assalammualaikum....

Cepat betul masa berlalu,baby CP dah nak masuk 5 bulan,macam-macam gelagat selalu buat CP dan cik abang ketawa.Tiap-tiap hari kami selalu bercerita pasal gelagat dia.Sangat comel.Siapa lagi nak puji kalau tak ibu babah sendiri heheheheehe..16 Jun nanti genap 6 bulan tak sabar rasanya nak buat " First Solid"..CP tengah mencari resepi dan blog yang ada cerita dan resepi makanan bayi,CP baru jumpa di FB.Kalau ada ibu-ibu mengalami situasi macam CP  tercari-cari macamana nak buat Solid Food baby @ mencari resepi bleh lawat Like FB ni Solid Food for My Baby :).banyak resepi dan info pasal makanan bayi.


Ni antara resepi dalam FB Solid Food for My Baby :) untuk 6-7 bulan


CHICKEN DINNER WITH 5 VEGES


Bahan-bahan


• Stok rebusan ayam
• 1 batang lobak
• 1 batang parsnip 
• 130g kentang (dipotong)
• 70g swede/keledek
• 40g pis beku
• 65g dada ayam (telah dimasak)

Cara-cara
1. Didihkan 250ml air rebusan ayam. Kupas kentang,lobak,parsnip,keledek & cincang. Didihkan di dalam pan. Tutup & didihkan hingga lebih kurang 10min.
2. Tambahkan pis,kacau atau tunggu hingga semua bahan-bahan empuk. Tos & ketepikan air rebusan.
3. Tambahkan ayam yang telah dimasak,kacau hingga semua bahan sebati.. Tambahkan 45ml air rebusan & kisar semua bahan hingga pekat & tidak berketul. Sedia untuk dihidang. 

(Sumber dari FB Food for My Baby :))



                                     Baby ibu  suka senyum bila di agah...sukernye dia    

2 ulasan:

CeqGu berkata...

assalamualaikum cik puan, terima kasih sudi lagi jengah2 blog akak. psssttt rakam ler gelagat si kecik tu. akak sekarang suka benar tengok video masa firas baby dulu. pastu kan rasa cam teringin nak ada baby lagi hehe....

♥Cik Puan♥ berkata...

betul akak..suka tgk gelagat dorang kan....terima kasih kerana sudi jengah

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998