Isnin, 20 Mei 2013

Nuffnang X @ Imotiv


Assalammualaikum...

CP nak kongsi sedikit pasal nuffnang...sekarang daj berwajah baru..apa yang baru..dulu ianya di kenali sebagai nuffnang X sekarang imotiv plak so kalau nak tahu apa iti imotiv sila tengok keterangan di bawah.




Membantu anda mencari bahan cerita yang Imotiv.

Susah kalau nak baca semua cerita bila anda perlu bergerak pantas. Namun, bila anda mempunyai sedikit masa, anda tentu ingin membaca bahan yang paling menarik perhatian anda - teknologi istimewa kami menawarkan cerita yang mampu merangsang emosi dari bahan yang anda baca.

Bukan sahaja anda boleh memahami keseluruhan cerita dengan cepat, malah anda dapat membaca sesuatu cerita dengan penuh ekspresi dan mengujakan.

Imotiv lebih menyeronokkan dengan kawan-kawan!

Anda boleh berkongsi cerita kegemaran dalam SATU langkah senang! Apa yang anda perlu lakukan ialah selaraskan (sync) Imotiv dengan akaun Facebook dan Twitter anda. Apabila anda menyukai sesuatu cerita, Facebook dan Twitter akan menerbitkan bahan cerita ini pada paparan anda.


Dapatkan bahan bacaan yang rakan anda baca. Panel Explore kami yang terbaru akan menunjukkan apa yang rakan2 anda di Facebook & Twitter baca supaya anda juga tidak ketinggalan.

Temui blog-blog baru yang sama seperti yang rakan anda ikuti. Jika anda suka apa yang rakan anda baca, maka anda juga mungkin akan menyukai juga.


Tarikh perlancaran rasmi kami adalah pada 8hb Mei 2013. Kami berharap anda sentiasa menantikannya seperti kami. Sesuai dengan anda yang menjadi kelompok pertama menggunakan aplikasi ini, saya amat berbesar hati menerima sebarang idea atau respon dari anda.

Anda mungkin akan menemui beberapa masalah kecil dalam pada itu - tetapi ketahuilah kami sedang mengusahakan yang terbaik bagi menjadikan produk kami bertaraf dunia (world-class). Kami berbangga dengan produk kami dan kami mahu mendengar maklumbalas dari anda.

Jika anda telah menggunakannya, samada anda sukakannya atau tidak, jangan ragu-ragu untuk hantarkan email kepada kami di feedback-imotive@nuffnangx.com.

Untuk menikmati pengalaman terbaik, sila kemaskini versi Nuffnang X anda, dimana ia akan membawa anda kepada App Store or Google Play, dan dari situ anda dapat memasang Imotiv. Kami berharap anda akan menikmati perkhidmatan terbaru ini sama seperti kami membangunkannya.

Yang benar,
Timothy Tiah 
Pengasas Imotiv (dahulu dipanggil Nuffnang X)


Sharing Blog rusukiri

2 ulasan:

(Lizz) http://haslizalizz.com/ berkata...

patutla kat iklan blog tu ader imotiv tu...

lieyalatif berkata...

Laaaaa lieya perasan gak tp x tau plak bende tu ape hehehehehe tu laa malas bace lagi....dah bace ni baru laaa lieya paham hah....

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998