Assalammualaikum.
Hari ni baru saya ada masa nak mengupdate blog yang telah lama saya tinggalkan.Rindu sungguh nak update blog tapi apakan daya masa tak mengizinkan.Sibuk melayan anak-anak.
Semua orang nak anak bijak,cerdik dan pandai,salah satu amalan yang kita harus amalkan adalah makan makanan sunnah nabi.Antara makanan sunnah nabi ialah :-
Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati.
Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir dan membaca.
Badam- Makanan ini baik untuk otak dan tumbesaran kanak-kanak serta baik untuk kesihatan jantung.
Selain anak-anak,kita pun elok amalkan demi kesihatan yang baik insyaallah selain dari pemakanan kita juga harus amalkan berdoa dan berzikir seperti zikir Ya Latif.Insyaallah ada masa nanti saya sambung pulak update untuk doa dan zikir untuk anak supaya hati dan pemikiran mereka terang dan mudah dapat ilmu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
AKTA KOMUNIKASI
Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Tiada ulasan:
Catat Ulasan