Isnin, 19 Oktober 2015

 Cara Mengatasi Masalah Malas Belajar

 Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat tips-tips yang saya kongsikan di bawah ini:
1. Amalkan doa mengelak diri dari malas
2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda
3. Teknik 10 Minit Aje
4. Banyak membaca bahan motivasi
5. Susun dan mudahkan jadual anda
6. Rehat dan tidur yang cukup
7. Bersenam dan beriadah
8. Berkawan dengan orang yang positif
9. Amalkan teknik pernafasan
10. Suarakan moto andaAda satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah dan malas.

Sebenarnya adik-adik, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.Contohnya jika adik-adik rasa malas ke sekolah di waktu pagi, adik-adik akan terfikir bahawa selepas solat subuh tadi adik-adik baru sahaja berdoa supaya terhindar dari sifat malas. Jadi secara automatik, adik-adik akan membuang segala perasaan malas adik-adik.





Rujukan.Personal Home Tuisyen FB



Sabtu, 22 Februari 2014

Makanan Untuk Anak Bijak Pandai

Assalammualaikum.

Hari ni baru saya ada masa nak mengupdate blog yang telah lama saya tinggalkan.Rindu sungguh nak update blog tapi apakan daya masa tak mengizinkan.Sibuk melayan anak-anak.
Semua orang nak anak bijak,cerdik dan pandai,salah satu amalan yang kita harus amalkan adalah makan makanan sunnah nabi.Antara makanan sunnah nabi ialah  :-


Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati.

Buah Delima Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir dan membaca.

Badam-  Makanan ini baik untuk otak dan tumbesaran kanak-kanak serta  baik untuk kesihatan jantung.

Selain anak-anak,kita pun elok amalkan demi kesihatan yang baik insyaallah selain dari pemakanan kita juga harus amalkan  berdoa dan berzikir seperti zikir Ya Latif.Insyaallah ada masa nanti saya sambung pulak update untuk doa dan zikir untuk anak supaya hati dan pemikiran mereka terang dan mudah dapat ilmu.

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998