Jumaat, 25 Januari 2013

Kek Oren


Assalammualaikum...

Semalam CP agak kerajinan sikit.. Godek-godek bahan dalam peti ais ada apa yang nak di buat,so jadilah kek oren blended kukus ni.Jom layan resepi kot-kot korang nak cuba buat ker?




KEK OREN BLENDED KUKUS


Bahan-bahan:
1 biji buah oren ( CP tambah kordeal sunquick sikit)
1 cwn butter cair- (CP guna majerin jer)
1 cwn gula
3 biji telur
1 sb serbuk penaik
2 cwn tepung gandum

Cara-cara:
Cuci buah, potong & buang biji serta urat2 putih ditengah. Ambil kulit nya..buang yg warna putih. Potong buah kecil2.
Masukkan buah & kulit nya skali dlm blender bersama butter/majerin cair, gula, telur & kisar hingga halus
Siap kisar, masukkan dlm bekas, bersama tepung & serbuk penaik yg tlah diayak..sedikit demi sedikit. kacau hingga sebati
Kemudian masukkan dlm bekas yg tlah digris & dilapik. Kukus selama 45 minit atau hingga masak.




4 ulasan:

Hidayah berkata...

dap dap nye kek itu..
nampak cantik je ...

nak try buat la weekend nih..

tak pnh try kukus kek oren lagi..

thanks sharing..

;)

p/s : pe kabor...
lama tak jengah dah..
heehee..

Unknown berkata...

wahhh...rajin nya zie ... nampak sgt sedap tu

Nur Diana Sukki berkata...

Rajin azie ni! Nti bawa masa reunion erk...

Unknown berkata...

tgk pon da teliur ni kak zie....nnti nk try buat la..hihi

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998