Rabu, 19 September 2012

Akar Bunga Fatimah @ Sanggul Bunga Fatimah (air selusuh)

Assalammualaikum..

Cp dah lama cari akar bunga fatimah nie,pantang orang pergi mekah pesan tapi rezeki tak ada selalu tak dapat,raya baru-baru ni balik kampung jiran mertua sedekah bagi kat CP suka lah yang teramat sangat,orang kata benda nie boleh di jadikan air selusuh dan memudahkan proses bersalin ,CP bukanlah taksub sangat dengan benda nie... tue dah lain namanya..syirik,kita manusia hanya usaha yang tentukan segalanya dengan izin Allah.

Ini rupanya. akar sanggul @ bunga fatimah

Jangan konfius dan keliru.Ini akak bunga fatimah..Gengam fatimah lain.Gengam fatimah tue kalau tak silap CP boleh buat ubat orang sakit gaot kecing manis.Kalau CP salah ampun yer.Try seacrh cik google klu nak tau pasal gengam fatimah tue.Selalunya akar bunga fatimah ni kalau nak orang akan pesan pada orang-orang pergi mekah jer,tapi CP tengok sekarang dah ada orang jual online harga sekitar RM 10 hingga RM30 bergantung besar bunga tu.CP agak konfius samada orang panggil akar sanggul bunga fatimah atau akar bunga fatimah..

Bunga mengucup sebelum di rendam.


Cara guna akar bunga fatimah :

1- Orang kata seminggu nak bersalin rendam,baru bunga tue kembang selagi tak bersalin selagi tue tak kembang..ermmm ,tapi CP 7 bulan rendam pun dah kembang.

setengah jam rendam dah nak kembang

2- Masa 7 bulan CP rendam dengan air paip lepas tue buat mandian dan sapu kat perut je,tak berani nak minum.Esok nak dekat-dekat bersalin baru nak rendam dengan air masak lepas tue minum.PERHATIAN jangan rebus atau rendam dengan air panas.tak bersalin la nanti dipercayai akan mengecutkan rahim & menutup pintu laluan.

3- Ketika kandungan berusia 39 minggu ( 9 bulan ) minum 2x sehari. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x


4- Ketika dah keluar tanda, mandi dengan membasahkan kepala. Ambil beberapa helai anak rambut, tarik & masukkan ke dalam mulut. Jiruskan air rendaman ni di kepala, hisaplah air yang megalir itu sambil berdoa :

" Ya Allah, permudahkan dan licinkanlah kelahiran aku ini seperti mana lancarnya air ini mengalir ke atas rambutku ini.. Amin.. "


Tengok dah kembang sebahagian bekas,Cp dapat bunga kecik jer jadi kembangnya tak setaman la ngeee

5- Habis guna korang jemur la kat tengah panas,nanti dia kucup balik lepas tue simpan dalam bekas tertutup simpan elok-elok boleh guna lagi kalau nak bersalin yang seterusnya ataupun kalau ada adik beradik atau kawan-kawan nak pinjam leh la kasi,CP dok plan nak simpan bagi kat anak cucu CP..hahahah itu pun kalau tak hilang esok pindah habih hilang semua,dok berangan je la..Jangka hayat akar nie bertahun-tahun boleh di guna berulang kali.Setakat nie jer info yang CP dapat tentang akar bunga atau sanggul bunga fatimah ni,kalau korang tahu lebih dari buat air selusuh kongsi la dengan CP yer.





4 ulasan:

Unknown berkata...

Owh baru tini tau

Hidayah berkata...

dayah pun tak tau pasal ini..

apa2pun moga semuanya selamat ye..

:)

nana berkata...

As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

Unknown berkata...

saya nak beli....ada spa2 jual x....tlg WhatsApp sya...sbb sya dh 29mnggu dh...saya nk bli utk nk brsalin nt...nma saya ayu

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998