Rabu, 19 September 2012

Persiapan dan info untuk pemakanan penyusuan badan.( Bahagian 1)

Assalammualaikum..

Hari nie CP masih bercuti,anak sulong CP dalam proses baik pulih kulit dari chicken pox.Hari nie CP nak buat entry untuk diri sendiri dan kongsi dengan kawan-kawan tips permakanan untuk yang nak "Full Breastfeeding". CP memang nekad nak bagi untuk baby yang bakal lahir nanti.Hari pertama hingga hari ke tujuh CP minum sahaja,kalau makan nasi dengan ikan kering jer,lepas tue biskut kering segalanya yang kering,susah sikit mak CP pantangnya agak kuat, so selepas seminggu bersalin baru boleh makan sayur.Patutla dulu CP tak banyak susu sebab asyik bagi minum kopi,milo teh lepas tue nasi panas dengan ikan kering sampai buang air besar susah sembelit...huwaaaa....Kalau tak ikut nanti kecik hati mak lepas tue masa tue masih blur-blur lagi tentang khasiat dan info tentang susu ibu nie.Dia kata badan kita ni nak pakai lama. "Baikla mak" ( CP yang menurut perintah,anak yang solehah).Kali ni CP dah tau jom kongsi tips nie,

1- Kurma Cina - boleh di dapati di kedai ubat cina,

rasanya kedai runcit biasa pun ada.CP rebus bersama gula batu,gula biasa pun boleh lepas tue minum.Makan sekali ngan kurma tu.Bagus untuk kulit & beri tenaga pada kita.Orang cina kata kalau amal minum kurma cina nie nanti kulit kita cantik kemerahan gituew.Sebenarnya banyak khasiatnya.Cer kita cuber amalkan..ngeeee

Ini rupanya "Kurma Cina"
2. Madu – dicampur dengan air suam dan diminum 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam..

Madu nie CP beli kat Cameron..tanpa campuran.Ala kalau tak dapat yang ini korang beli dalam botol pun boleh janji MADU LEBAH..


3- Barli - Buat bubur atau minum.(Khasiat barli pun banyakkan jugak)


4- Kurma,krismis dan susu - Ini CP liat sikit nak makan dan minum,tapi CP usaha jugak nanti.Susu apa-apa pun boleh asalkan susu tapi kalau nak beli susu khas pun boleh yang CP tahu Anmum.


Selepas seminggu berpantang baru mak CP bagi makan sayur.Sayur pun bukan semua sayur,nanti tersilap makan angin la pulak.Setakat nie yang CP tahu sayur yang boleh di makan sawi ,lobak putih merah ,kucai , tempe dan ikan pulak,kembung bilis talang dan haruan (tapi haruan CP tak makan pun).Insyaallah setakat sini sahaja info nantikan bahagian 2 untuk supplement untuk penyusuan yang lebih pekat likat sampai bayi tido dengan lena..

1 ulasan:

Hidayah berkata...

(dayah dulu tak sepenuhnya kasik BF kat anak..susu tak cukup..dah ikhtiar mcm2 dh..)

errr...mahal tak beli madu kat cameron tu..?

:)

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998