Ahad, 30 September 2012

Persiapan dan info untuk pemakanan penyusuan badan.( Bahagian 2)

Assalammualaikum...


Sambung kita lagi  di bahagian 2 untuk dapat susu pekat dan likat sampai bayi tido dengan lenanya.

Di sini CP bagi tips untuk permakanan semula jadi,macam di katakan bahagian 1 seminggu selepas bersalin baru CP boleh makan macam-macam..opss maksud CP bolehla makanan berkuah & buah-buahan


1- Sayuran ulaman - Jantung pisang ,betik muda,kaduk kecuali makanan berasaskan kacang dan kobis.Keladi labu takut kembang urat (Kalau korang bleh makan ok je,CP sensitif ,angin.

2-Air & buah-buahan- Banyakkan air masak,holick,milo,buah logan kecuali  KACIP FATIMAH (buat susu jd BERTOKSIN) dan yang ada KAFIEN (merangsang pengeluaran susu badan namun ia juga merangsang bayi . ia akan bercampur dengan susu  dan akan bertidak balas ke atas bayi. Bayi mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti, tidak lena tidur, mengamuk dan sebagainya.)

3-Jintan -Bila masaktu letak la sedikit bahan jintan manis putih ikut resepi korang janji ada jintan.

4-Makanan berkeju.

Makanan di larang @ lupakanlah sekejap....

1- Air gas

2- Makanan fast food ( heheheh kalau teringgin sekali sekala bleh la bukan apa takut  bahan yang ada dalam makan tue mengurangkan susu .

Selain daripada itu saya cadangankan korang ambil suplement

1-Habbatus Saudah

2- energizing soy protein (milkbooster)  (Rahsia susu pekat dan banyak)

- ESP(Energising Soy Protein)* Protien adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita 

terbentuk dari protien. 

Memang benar protien boleh di dapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun 

sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat 
penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan.

Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol. Keperluan protien yang mencukupi membantu penghasilan susuibu dengan kadar cepat dengan syarat ibu memenuhi 3 syarat penyusuan.

Memadai 1-2 sudu besar ESP*sehari semasa mengandung dan boleh diteruskan dalam penyusuan.

Namun begitu tidak semestinya korang mengambil semua suplement di atas. Tapi kalau korang mempunyai kewangan yang lebih,CP sarankan agar korang mengambil semua suplement tersebut.


3- Amalkan teknik Power Pumping.Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Kosongkan payudara sekerap mungkin. Jika baby tidak menyusu, perlu pam untuk keluarkan susuibu. Ini adalah konsep no. 1... Kalau makan supplemen banyak-banyak pun, jika tiada permintaan untuk membanyakkan susuibu, maka penghasilan susuibu tidak akan bertambah atau dalam kes lebih teruk, akan berkurang.
Jaga minum anda sepanjang perjalanan penyusuan. Air pastikan cukup, ikut rasa haus anda. Namun secara rawak, 8 gelas setiap hari. Tetapi jika anda mengambil supplement adalah lebih baik minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter.



Tidak mengamalkan 3 cara di atas. Ambil set tambah susu, tapi tak minum air, tak pam… Sampai bila2 pun susu takkan datang, entah2 diri sendiri yang demam bahana healing crisis (akibat tak cukup air).

Apa yang perlu korang buat?
Bersabarlah. Setiap perkara yang elok tu memang makan masa. Kita memerlukan masa 2-3 tahun untuk siapkan sebuah bangunan, tapi satu minit dah cukup untuk memusnahkannya. Jadi, banyakkan sabar, jangan terburu2.Setelah kita usaha jangan lupa plak kita berdoa mudahan Allah permudahkan urusan niat baik kita untuk anak.



Doa untuk tambah susu dan zikir untuk menambah susu ibu.

1. Doa

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.


Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku


Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

2. Zikir

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.

3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar

Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.

4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60


 Sebab susu ibu berkurangan adalah:

a) tekanan/stress
- tekanan memang tidak dapat lari dari kehidupan kita. Stress tu perlu sebenarnya dalam kehidupan..baru la kita ni normal..tp kalau terlalu stress..memang tidak baik utk kesihatan. tambah-tambah pula untuk ibu yang menyusukan bayi. untuk menggalakkan pengeluaran susu secara optimum mesti tenangkan fikiran.... cuba bayangkan perkara yang indah2 dan peluk bayi korang dengan penuh kasih sayang...kalau bayi tiada depan mata..pandang gambar pun xpe…

b) keletihan atau kurang tidur
- siapa yang cakap menjadi seorang ibu itu mudah. nak jadi ibu ni bukan senang tau..hanya wanita yang pernah menjadi ibu aje tahu betapa sukarnya menjadi ibu. Bayangkan kena bangun malam untuk menyusukan bayi / menenangkan bayi yang terjaga disebabkan oleh lampin basah…atau pernah terjadi dekat CP bayi meragam…sepanjang malam CP tak tidur…bila masuk subuh baru dia tidur..ohhh.sangat meletihkan..tp perkara ini tak boleh dijadikan alasan.seelok2nya bila bayi tidur, ibu pun digalakkan utk tidur supaya mendapat rehat yang secukupnya... sebab bila bayi jaga…kita kena beri perhatian pada mereka sepenuhnya…selain itu, system pencernaan juga akan terganggu jika ibu x cukup rehat.



1 ulasan:

http://nurdianasukki.blogspot.com/ berkata...

InsyaAllah akan menjadi petua yg berguna utk Diana... thanks Azie...

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998