Sabtu, 3 November 2012

Aqiqah - Birthday Party Adib

Assalammualaikum.

Hari ni CP nak bercerita pasal aqiqah..adakah ianya wajib  atau sunat.Jawapanya adalah sunat dan menjadi wajib sekiranya berkemampuan atau korang bernazar.Selalunya aqiqah ni syaratnya anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud).


Baru- baru ni ipar CP buat aqiqah  a.k.a birthday party ,3 ekor kambing untuk anak perempuan  dan lelakinya.Puas CP makan daging kambing golek.

Menu tambahan ayam & hotdog


Apam polka dot yang comel- comel
Anak dara CP  tengah membantu mak toknya menutup botol air yassin 
yang untuk di edar pada para tetamu

Gambar sekitar majlis

Upacara memotong kek ...Happy Birthday Adib Amsyar

Last sekali upacara yang semua nantikan...buka adiyah


2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

Meriah sungguh

Hidayah berkata...

hehe....gempak giler.. kambing depan mata cam gitu...mmg puas makan la tu.. ;)

yelah...apam polka dot tu mmg comel..
mesti budak suka..

:)

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998