Isnin, 28 Januari 2013

Cendol Durian Borhan

Assalammualaikum..


Kelmarin CP pergi melawat anak buah dekat kuala selangor dengan ipar CP.Ipar CP ajak makan cendol,sedap katanya so kami singgah di kawasan Pasir Penambang makan cendol dekat CENDOL DURIAN BORHAN..Memang ramai orang masa kami sampai kat gerai ni jenuh berdiri tunggu meja kosong.


CP order cendol durian + jagung,perrrrg sedap.Lepas tu makanan yang ada di sini  mee kari dan laksa.Mee kari special pun ada ,dia letak udang besar.CP makan mee kari sedap,kena dengan citarasa CP.

Gambar dari google (tak sempat nak tangkap gambar,lapar sangat)

Macam-macam menu cendol ada kat sini.Nanti kalau korang ke kuala selangor nak rasa cendol durian cari la gerai Cendol Borhan ni,betul-betul tepi Gerai Cendol Durian Borhan terletak di Bt. 2, Pasir Penambang, Kuala Selangor. mencuba dan menjamu selera.

5 ulasan:

emarieys berkata...

In Shaa Allah kalau ke sana..nak cari cendol ni

Hidayah berkata...

tak pernah cuba durian + jagung..
grrr..teringin nak rasa..tapi jauhnya nak pi..

Hidayah berkata...

btw..pekabor cik puan sorang nih..
harap sihat..
:)

RiEda96 berkata...

perghhh sedapnya.. zie, tak follow akak ek.. takleh bukak dah blog lama zie kan, nasib zie komen.. tu yang boleh bukak link balik.. skrg follow...!! hehe..

Unknown berkata...

tu diaa.... byk jenis cendol.. kalo di tepen dua jenis je.. cendol biasa n cendol pulut.. teringin nak pi la..

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998