Isnin, 29 April 2013

Tarikh Penting

Assalammualaikum....


Tak sabar rasanya nak tunggu 3 Mei.Al-maklumla nak balik mengundi dan balik kampung,tarikh mengundi 5 Mei,dorang kata kalau jauh boleh "claim" duit tol.Kalau yang tak ada "transport " tue boleh telefon bilik gerakkan mana-mana parti yang korang suka nanti dorang akan datang ambil.Ini sedikit info yang CP tahu yang boleh kita kongsi kan bersama. Lagipun CP baru pertama kali nak mengundi,rasa macam nak hari raya pulak.sesiapa yang baru pertama kali nak mengundi macam CP ,kat sini CP kongsi sedikit cara-caranya...Opss sebelum tue korang boleh semak kat sini kat mana tempat mengundi korang.. KLIK UNDI.


Cara Claim Duit Balik Mengundi
Anda boleh claim daripada parti yang bertanding ditempat atau kawasan anda mengundi.

Notis Dari SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan elaun perjalanan untuk pengundi balik ke kawasan mengundi masing-masing, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. SPR hanya menyediakan elaun kepada petugas SPR yang perlu bertugas pada hari pengundian berlangsung sahaja. Bagi parti politik yang memberikan elaun, harus membayar dengan ikhlas dan tanpa sebarang syarat.

Duit Mengundi Dari Parti

Parti politik yang menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi,  elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat. Kalau bagi elaun ini lepas itu suruh pilih parti-parti tertentu ia adalah rasuah.


Sumber:  melvister.com 








1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk

2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih
Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen

7. Keluar segera dari tempat Mengundi

Tahniah! Anda telah berjaya melalui proses pengundian. Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan baik


 Sumber :infoharian.com

2 ulasan:

CeqGu berkata...

insyaallah ni kali ke3 cikgu mengundi. dah start rasa berdebar ni hihi

Chekgu Azrine berkata...

selamat mengundi!!

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998