Ramai yang dah pergi KidZania nie,CP masih belum lagi.Teringgin bawa anak-anak datang ke sini tapi tak tau la bila nak bawa padahal dekat jer ngan rumah.Kat sini ada sedikit info pasal KidZania yang boleh kita kongsi bersama.KidZania Kuala Lumpur adalah tempat di mana anak-anak anda boleh mengalami pengalaman mempunyai kerjaya seperti orang dewasa. Tiada tunggangan atau permainan arked di sini. Sebaliknya, anak-anak anda akan memainkan peranan seolah-olah mereka adalah seorang pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, model, doktor, pelukis atau juga seorang pelakon untuk sehari. Anak-anak anda akan berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater dan banyak di KidZania Kuala Lumpur. Wang yang diterima dalam bentuk matawang KidZania (dipanggil kidZos), boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai di dalam KidZania.
KidZania Kuala Lumpur
Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Waktu Operasi 18 Jalan PJU 7/5,Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Isnin hingga Jumaat: 10:00 pg – 5:00 ptg
Sabtu dan Ahad: 10:00 pg – 9:00 mlm (tetapi ditutup sementara pada 3:00 – 4:00 ptg)
Harga Tiket
- Bayi (berumur 0-1): Warga Malaysia / bukan warganegara Malaysia (Percuma)
- Kanak-kanak (berumur 2-3): Warga Malaysia / bukan warganegara Malaysia (RM 35)
- Kanak-kanak & Remaja (berumur 4-17): Warga Malaysia (RM 55) / bukan warganegara Malaysia (RM75)
- Dewasa (berumur 18-59): Warga Malaysia (RM 35) / bukan warganegara Malaysia (RM 50)
- Warga Emas (berumur 60 tahun & ke atas): Malaysia / Bukan-Malaysia (RM 30)
(Sumber JOmJalan KL)
Tips & Panduan
1- beli tiket melalui online.
2- pilih sesi kedua 4pm-9mlm.
3- tiba lebih awal dalam 3.30pm sebabnya kita perlu beratur
kita akan diberi maps.jadi rancang sebaik-baiknya nak bermula dimana.Satu-satu tempat mengambil masa paling cepat pun 15-20minit.terdapat 2 tingkat.
4- utk masuk anak-anak akan diberi cek kidzania yang bernilai 50 yang boleh ditukar dikaunter bank.dengan duit ni anak-anak boleh menggunakan utk membeli barang di joy basket,face painting,body art dan department store.
5- minta anak-anak ke no 2 job information utk membuat resume.
6- seelok-eloknya biar la anak-anak berkerja dulu,bila berkerja kita akan diberi bayaran atas apa kita lakukan.
7-Dengan wang yang diperolehi boleh la anak-anak nak belajar memasak di kidzania seperti membuat sushi di sushi king,sandwich di ayam brand,burger di king burger,oreo. dll.
Kalau nak info tips dan panduan yang lebih boleh ke SINI
1 ulasan:
ooo budak umo 2 thn ke atas pun dah bleh join aktiviti kat situ yer
Catat Ulasan