Isnin, 17 September 2012

27 minggu ada tanda contraction..keras mengeras

Assalammualaikum..


Baru-baru nie CP mengalami sakit pinggang lepas tue perut mengeras rasa contraction baby.Tak tahan sangat CP pergi ke klinik swasta malam untuk check.So doktor kata "better u pergi hospital sebab macam dah ada tanda-tanda contraction" ..CP fikir kalau pergi malam ni jugak sah-sah CP kena tahan wad.Macam-macam bermain di kepala otak ,esok incik suami ada hal penting yang perlu di uruskan,kebetulan anak CP yang sulong kena campak.Huh..mengeluh sekejap.Kalau mak ayah atau adik beradik dekat boleh tengok-tengokkan dorang tapi CP sebatang kara kat sini ada pun jauh,bukan nak susahkan dorang kot.So bila seacrh kat internet kenapa ada contraction awal & macamana cara tanganinya,niat CP terus terbantut nak ke hospital malam tue.Sebelum tue nak tahu tak sebab-sebab kenapa perut mengeras.


-Sebab-sebab perut mengeras di awal hamil-

1- Bayi terlalu aktiv( memang aktiv,suka tendang-tendang)
2- Ibu sangat aktiv (macamana tak aktiv dari pagi sampai malam buat keje ofis rumah yang tak pernah habis,tambah pula melayan anak-anak yang aktiv )
3- Perut penuh ( macamana tak penuh banyak angin)
4- Bersenam atau bawa barang berat
5- Semasa atau selepas hubungan seks.
6- Dehidrasi- (Maksudnya : (''hypohydration'') didefinisikan sebagai kehilangan cairan tubuh yang berlebihan. Ini secara harfiah adalah penghilangan air dari obyek, namun dalam hal fisiologis, itu memerlukan kekurangan cairan dalam organisme.

Cp memang kurang minum air .Dehidrasi berlaku apabila jumlah air yang meninggalkan tubuh lebih besar dari nilai yang diambil masuk. Tubuh adalah sangat dinamik dan selalu berubah. Hal ini terutama berlaku dengan air dalam tubuh. Kita kehilangan air secara rutin ketika,Berpeluh dan buang air kecil atau buang air besar untuk membersihkan tubuh dari produk-produk sampah.


(Gambar dari google babycentre malaysia)


-Cara menangani perut mengeras semasa hamil-
1- CP tidur mengiring ikut keselesaan korang.
2- Usap perut dan pinggang perlahan-lahan.(Kalau boleh di bantu oleh incik suami lagi bagus)
3- Minum air suam banyak-banyak.
4- Rehat secukupnya.
5- Tarik nafas dalam-dalam dan lepas kan.


Tapi ingat kalau apa yang korang buat tak menjadi masih sakit,faham-fahamla sila ke hospital.Lepas CP amal yang di atas keesokannya dah okey,pergi check up klinik desa nurse pun kata "okey.,jumpa next appointment ".Harap-harap bersalin cukup bulan dan semoga baby CP sihat sempurna hendaknya amin3 x.





4 ulasan:

Hidayah berkata...

adoi...cemana akhirnya...
tak ke spital jugak la tu ye..?

(hurrmmm..mmg besar pengorbanan ibu mengandung nih kan?)

bella amanda berkata...

hi,sy mgalami sakit pinggang mcm yg awk kongsikan..sakit pinggang yg tramat sagt sampai mggangu tidur.sy mengiring ke kiri n kanan pun sakit n ketika 2 baby mngeras dlm perut..risaw la,dh check doc ckp ok..ad g brurut x?lma x nk ilang sakit ni?harap dpt mbntu.

♥Cik Puan♥ berkata...

saya minum air suam byk2 mlm tue pagi esok terus ok..

Unknown berkata...

saya da praktif pun, asal baring tlentang jer perot mengeras .. kalu mengiring perot senget jer .. sakit tuE x lha , tp krg selesa bila mengeras jer ..

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998