2-3 hari lepas Jabatan Kesihatan ada datang setiap rumah.Dorang buat pemeriksaan dalam bilik air semua.Maklumlah kawasan tempat tinggal CP sekarang HOT DENGGI .Harap-harap kami sekeluarga dijauhkan demam denggi ni.
Berikut adalah tatacara sebagai panduan agar punca pembiakan nyamuk dapat dihapuskan:-
a) Memeriksa dan membersihkan bekas kosong di dalam rumah atau permis yang mungkin menjadi tempat air bertakung seperti pasu, bekas hiasan atau sebagainya;
b) Memastikan tong dan sistem pam tandas berfungsi dengan baik dan sekiranya tidak berfungsi, pastikan tong tersebut kosong;
c) Menggunakan semburan aerosol di dalam rumah atau permis pada awal pagi dan senja;
d) Jangan membuang sampah atau bekas makanan dikawasan ‘airwell’ iaitu ruang kosong disebelah dapur untuk mengelakkan saluran air keluar dari tersumbat;
e) Diminta kerjasama pihak penghuni/penyewa agar membuka pintu semasa pemeriksaan Aedes dilakukan dan aktiviti semburan ‘fogging’ dapat dilakukan dengan lebih berkesan oleh pihak berkuasa tempatan;
f) Amalkan kempen 10 minit setiap minggu untuk membersihkan rumah atau permis untuk hapuskan aedes & perangi denggi. Ingatlah:-
“HAPUSKAN AEDES MEMANG MUDAH. HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI DAN CHIKUGUNYA”.
Pesan Sambil Mengingati Untuk Diri Sendiri Jugak... :)
1 ulasan:
Bagus gak info
Catat Ulasan