Rabu, 25 November 2020

The Coffee Bean & Tea Leaf

Assalammualaikum Salam Sejahtera

Siapa pecinta kopi tentu tahu nikmat kopi di Coffee Bean kan.Aroma kopinya  sangat menusuk kalbu.Rindunya nak lepak minum kopi,pergerakkan agak terhad sekarang ni sebab sekarang PKPB.Banyak benda CP nak cerita pasal benefit coffee bean,tapi tak tahu nak mula dari mana.So korang boleh klik πŸ‘‡untuk dapat info lanjut.πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

COFFEE BEAN CARD 






Cookies  & Cream Ice blended

                                            The Coffer Bean & Tea Leaf The Curve


Sabtu, 14 November 2020

Bouquet Vs Hobby

Assalammualaikum Salam Sejahtera.

Ni adalah hobi CP,walaupun tak sekreatif orang lain tapi CP harap yang terima bouquet ni puas hati.Simpan di sini moga suatu hari nanti boleh tengok semula hasil kerja tangan CP yang tak berapa nak seni ni.Ni antara koleksi handmade CP.








Sabtu, 7 November 2020

Gold Bar


Assalammualaikum Salam Sejahtera

Zaman sekarang ni tak kira lelaki perempuan suka beli emas. Emas bukan sekadar hiasan bagi perempuan tetapi juga sebagai pelaburan dan sejenis simpanan yang baik.kalau ada duit asyik keluar ajerπŸ˜‚πŸ˜‚.Ini just pendapat CP yer ,tak taulah kalau orang lain. .Tapi sebenarnya harga emas hiasan lebih tinggi harga dari gold bar kerana emas hiasan akan dikenakan upah. Sesetengah orang tak berminat nak beli emas hiasan sebab mungkin tak berminat nak pakai .So dorang lebih suka beli Gold Bar.

Apa yang best dengan Gold Bar 999 ni?

Bentuk simpanan yang sesuai untuk jangka masa panjang.Simpan Gold Bar lebih untung dari simpan barang kemas.Spread jual beli Gold Bar lebih kecil dari barang kemas.Kebiasaan spread Gold Bar 6-12% manakala barang kemas 20-25%.



Kalau korang nak tahu lagi info tentang Gold bar ni korang klik di sini πŸ‘‰Public Gold Malaysia


                                        Ini 10 g.Emas semasa masa tu 1g RM270.


Sesiapa yang nak membeli tetapi tidak mempunyai modal yang besar boleh membeli melalui PUBLIC GOLD secara ansuran 4 bulan atau 10 bulan.1 lagi kaedah boleh membeli dengan cara GAP (Gold Accumulation Program) program ini memberi peluang kepada pembeli untuk membeli emas secara jumlah yang kecil mengikut kemampuan dan boleh menukar kepada emas fizikal apabila cukup jumlahnya .So kena rajin-rajinlah tengok πŸ‘‰ EMAS.Banyak kalau nak bercerita tentang emas ni.dari segi jualan simpanan dan sebagainya. Kalau setakat beli sikit tu boleh la simpan sendiri tapi kalau takut nak selamat boleh simpan di PUBLIC SAVE Insyaaallah kalau ada kelapangan  dan kerajinan  yang sangat baik πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†CP akan update.

Jumaat, 6 November 2020

Novel Onlline

Assalammualaikum.Salam Sejahtera,

Saper suka baca novel.. sila tekan like 😁
So kalau korang suka baca novel kat SINI ada banyak koleksi novel online.Tak payah susah pegang buku .Kalau tengah malam tu kalau korang bosan-bosan bleh la baca
novel kat SINI sementara nak lenaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.Sila klik di sini Penulisan2u.










Jumaat, 30 Oktober 2020

I'm Come Back


Assalammualaikum Salam Sejahtera Lamanya menyepi,now CP nak aktiv semula berblog. Insyaallah CP akan cuba berblog seperti dulu.Ini adalah blog baru CP.Yang lama CP dah tutup di atas sebab-sebab yang tertentu πŸ˜„.So Perkara pertama untuk blog baru  ni ,CP nak sapu dulu habuk-habuk sawang- sawang hahahahahaπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€.Lama tak bercerita pasal awang sulong ,dah besar umur 8 tahun sekejap jer masa berlalu.





TB balik gambar lama.Umur berapa pun CP dah lupa.sejenis yang kecik.

Ok nanti kita update gambar baru My Awang Sulong ya.Ni Kita imbas kembali gambar lama.

Rabu, 11 September 2019

Safi Micellar Water Rose

Ini adalah makeup remover yang best pada abad ni.kenapa best sebab dia sangat wangi yang penting  halal tak pedihkan kulit, mata dan sangat bersih bila  dengan  satu sapuan sahaja..Meh nak cerita sikit pasal produk ni .Produk SAFI Micellar Natural Cleansing Water      ada 3 jenis iaitu



  • Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose 
  • (Untuk mengecilkan liang pori)
  •  Safi Micellar Natural Cleansing Water -Neem  (daun semambu) 
  • (Untuk kulit berminyak dan berjerawat)
  • Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber 
  • (sesuai untuk semua jenis kulit)


Aku pakai rose,sebab apa aku pakai rose sebab dia sangat wangi dan sesuailah dengan muka aku yang malas pakai toner akibatnya liang pori terbuka lepas tu banyak bintik hitam akibat tersumbat.apa yang best lagi? Tak perlu bilas yer .




Produk ni telah di uji secara dermatologi dan bebas daripada SLES/SLS, mineral oils, alcohol, paraben, propylen dan glycol.. Paling penting ianya dijamin HALAL yang telah disahkan oleh JAKIM.



Ini hasil aku guna lepas cuci muka..Dah cuci tapi tak bersih lagi masih ada sikit sisa foundation.Sangat best la produk ni..aku suka sangat.
untuk maklumat lanjut dan lebih detail pasal produk ni korang boleh klik di sini  SAFI

Rabu, 29 Ogos 2018

Shopee Shake

Wau shopee ada buat tawaran untuk pelanggan yang tersayang ..jom shake-shake untuk kumpul syiling nanti boleh buat pembelian di shopee.
 Ingat tarikh ni....dan jangan lupa setiap hari jam 9 pagi-   1 tengahari  dan 9 malam..jom shake-shake kumpul syiling.shopping di shopee
SILA KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA   SHOPEE SHAKE

Birthday 9 Ogos 2018

Terharu rasanya kawan a.k.a jiran raikan hari jadi..siap nyanyi lagi.Akak suka..akak suka terharu dan sedih kerana gembira .Terima kasih nis (Momy Farrel)..Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu.. Aamiin

 Ini kek durian .sedap sangat.suka..suka.suka
 Terima kasih ...hadiah ini adalah kenangan.
 Tak boleh lupa rasanya...

Jumaat, 12 Mei 2017

KRT KEMAS TSP. Bersama Abang Bomba I love...ehhhh

Rakan-rakan sekerjaku..KEMAS TSP   hari kempen keselamatan kebakaran..Rindu lah dengan kanak-kanak dan dorang.huhuhuhuhu


                                                     

                                           Bersama dengan abang-abang bomba.

 
                                           bergambar dengan maskot bomba. kak Ida
                                                    Gedik ,.....nak jugak bergambar.
                                                    Rakan sekerja yang sangat baik. kak ida & Faten

Khamis, 11 Mei 2017

Big Sale Travel-Expedia


Expedia menawarkan pengalaman memesan hotel secara online terbaik. Dapatkan hotel terbaik dan harga murah di agen perjalanan online terbesar di dunia!

Sesiapa yang nak travel boleh ke web Expedia  klik aje..di situ semua ada dari penempahan tiket penerbangan hotel kereta sewa dan macam-macam lagi info tentang travel..boleh klik  Expedia untu keterangan lanjut.




Isnin, 19 Oktober 2015

 Cara Mengatasi Masalah Malas Belajar

 Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat tips-tips yang saya kongsikan di bawah ini:
1. Amalkan doa mengelak diri dari malas
2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda
3. Teknik 10 Minit Aje
4. Banyak membaca bahan motivasi
5. Susun dan mudahkan jadual anda
6. Rehat dan tidur yang cukup
7. Bersenam dan beriadah
8. Berkawan dengan orang yang positif
9. Amalkan teknik pernafasan
10. Suarakan moto andaAda satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah dan malas.

Sebenarnya adik-adik, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.Contohnya jika adik-adik rasa malas ke sekolah di waktu pagi, adik-adik akan terfikir bahawa selepas solat subuh tadi adik-adik baru sahaja berdoa supaya terhindar dari sifat malas. Jadi secara automatik, adik-adik akan membuang segala perasaan malas adik-adik.





Rujukan.Personal Home Tuisyen FB



Sabtu, 22 Februari 2014

Makanan Untuk Anak Bijak Pandai

Assalammualaikum.

Hari ni baru saya ada masa nak mengupdate blog yang telah lama saya tinggalkan.Rindu sungguh nak update blog tapi apakan daya masa tak mengizinkan.Sibuk melayan anak-anak.
Semua orang nak anak bijak,cerdik dan pandai,salah satu amalan yang kita harus amalkan adalah makan makanan sunnah nabi.Antara makanan sunnah nabi ialah  :-


Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati.

Buah Delima Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir dan membaca.

Badam-  Makanan ini baik untuk otak dan tumbesaran kanak-kanak serta  baik untuk kesihatan jantung.

Selain anak-anak,kita pun elok amalkan demi kesihatan yang baik insyaallah selain dari pemakanan kita juga harus amalkan  berdoa dan berzikir seperti zikir Ya Latif.Insyaallah ada masa nanti saya sambung pulak update untuk doa dan zikir untuk anak supaya hati dan pemikiran mereka terang dan mudah dapat ilmu.

Sabtu, 27 Julai 2013

Nak kurus...

Assalammualaikum

Hari ni CP nak bercerita pasal set kurus.Alhamdulillah ramai yang order,rata-rata semuanya puas hati.Yang penting kena rajin,ambil dengan cara yang betul dan konsisten.Tapi kalau beli beratus pun tapi tak ada disiplin tak guna jugak kan.So kebanyakkan Customer CP akak guide cara pemakanan dorang.

1. Lecithin - Untuk Memecahkan lemak

2.Herb-lax - dapat membantu anda mencuci usus dan menyingkirkan toksin di dalam badan

3.  Alfafa - Untuk membuang lemak yang telah dipecahkan serta bertindak sebagai milk booster (Kalau untuk ibu yang menyusu).

Ok kalau nak lagi lebih mantop,nak kulit cantik dan elak kulit gelebeh boleh tambah ESP dan Cinch.Kalau makan ni korang akan rasa kenyang dan dalam masa yang sama korang bleh nampak perubahan pada kulit.  Apabila lemak diurai dari badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.wajah.

Cinch nie ada 3 perasa Coklat,Cafe Latte dan Vanilla




Anda boleh pilih CP selalu suggest ikut bajet customer sebab tidak mahu membebankan korang.Kalau nak yang lebih anda boleh ambil set ni semua tetapi CP faham masalah bujet.So korang boleh start yang basic dulu,kemudian kalau dah mula turun boleh tambah protien di atas.Untuk dapatkan harga istimewa bleh email CP.





Untuk sebarang pertayaan bolehla hubungi CP melalui email aziezam@yahoo.com @ 
whatapss 011-11321921

Ahad, 30 Jun 2013

Susu Banyak Bulan Puasa

Assalammualaikum

CP terkilan sangat sebab anak yang dulu tak di beri susu badan.Sekarang CP bagi susu badan sepenuhnya pada Asyraf Alhamdulillah,nikmatnya,tak tau nak cakap macamana...puas hati sebab bagi yang terbaik.Apa yang CP makan dia makan.dah 6 bulan sekarang..sihat cergas & aktiv.Susu CP masih banyak even asyraf dah start solid food masih meleleh-leleh (alhamdulillah rezki asyraf).Ada tanya macamana nak bagi susu banyak selain dari makan sayuran buahan,barli,kurma cina & minum air masak yang banyak CP amalkan ESP.
Berminat nak tahu lebih lanjut dan harga boleh pm/sms/whatapps/weechat CP 011-1132921.info sihat & budget bersama Cik Puan

INFO:

1- Macam mana rupa ALFALFA & ESP?
*ESP berbentuk serbuk. 1 tin mengandungi 850gm (boleh bertahan dari 1-2bulan). Boleh dibancuh dengan pelbagai minuman kegemaran kecuali air panas. Pengambilan 3 sudu sehari membantu ibu untuk lebih bertenaga, susu badan lebih pekat dan insyaaAllah mencurah-curah ツ
*Alfalfa berbentuk pil. Satu botol saiz s mengandungi 330 biji manakala size L mengandungi 700 biji. Maximum dos adalah 10 biji sehari namun ibu-ibu boleh mengambil sebanyak 3 biji sehari sebagai permulaan. 

Bulan puasa ni kita perlukan banyak tenaga,tambahan pula baby menyusu badan. ALFALFA & ESP insyaallah adalah suplement yang terbaik.


Jumaat, 28 Jun 2013

Menyusun Atur Bicara

Assalammualaikum..

Macam ni la CP sekejap timbul sekejap mendiamkan diri...Heheheheh alasan bizi,tak ada masa,tak ada idea bla...bla..bla...Bila dah tak keje ingat banyak masa di rumah tetapi lagi bizi dengan anak-anak yang makin nakal ala-ala comel gituew yang membuatkan hari-hari CP letih melayan karenah dorang.Tambah-tambah ada si kecik boboy ni.Subhanallah..asyik nak berkepit ngan CP jer..Memang anak ibu betul.Ibu tak boleh hilang dari pandangan mata,mesti nangis..Ok la nanti CP sambung lagi yer,nak melayan si boboy ni.Salam sayang untuk pembaca blog setia Cik-Puan.

Isnin, 20 Mei 2013

Nuffnang X @ Imotiv


Assalammualaikum...

CP nak kongsi sedikit pasal nuffnang...sekarang daj berwajah baru..apa yang baru..dulu ianya di kenali sebagai nuffnang X sekarang imotiv plak so kalau nak tahu apa iti imotiv sila tengok keterangan di bawah.




Membantu anda mencari bahan cerita yang Imotiv.

Susah kalau nak baca semua cerita bila anda perlu bergerak pantas. Namun, bila anda mempunyai sedikit masa, anda tentu ingin membaca bahan yang paling menarik perhatian anda - teknologi istimewa kami menawarkan cerita yang mampu merangsang emosi dari bahan yang anda baca.

Bukan sahaja anda boleh memahami keseluruhan cerita dengan cepat, malah anda dapat membaca sesuatu cerita dengan penuh ekspresi dan mengujakan.

Imotiv lebih menyeronokkan dengan kawan-kawan!

Anda boleh berkongsi cerita kegemaran dalam SATU langkah senang! Apa yang anda perlu lakukan ialah selaraskan (sync) Imotiv dengan akaun Facebook dan Twitter anda. Apabila anda menyukai sesuatu cerita, Facebook dan Twitter akan menerbitkan bahan cerita ini pada paparan anda.


Dapatkan bahan bacaan yang rakan anda baca. Panel Explore kami yang terbaru akan menunjukkan apa yang rakan2 anda di Facebook & Twitter baca supaya anda juga tidak ketinggalan.

Temui blog-blog baru yang sama seperti yang rakan anda ikuti. Jika anda suka apa yang rakan anda baca, maka anda juga mungkin akan menyukai juga.


Tarikh perlancaran rasmi kami adalah pada 8hb Mei 2013. Kami berharap anda sentiasa menantikannya seperti kami. Sesuai dengan anda yang menjadi kelompok pertama menggunakan aplikasi ini, saya amat berbesar hati menerima sebarang idea atau respon dari anda.

Anda mungkin akan menemui beberapa masalah kecil dalam pada itu - tetapi ketahuilah kami sedang mengusahakan yang terbaik bagi menjadikan produk kami bertaraf dunia (world-class). Kami berbangga dengan produk kami dan kami mahu mendengar maklumbalas dari anda.

Jika anda telah menggunakannya, samada anda sukakannya atau tidak, jangan ragu-ragu untuk hantarkan email kepada kami di feedback-imotive@nuffnangx.com.

Untuk menikmati pengalaman terbaik, sila kemaskini versi Nuffnang X anda, dimana ia akan membawa anda kepada App Store or Google Play, dan dari situ anda dapat memasang Imotiv. Kami berharap anda akan menikmati perkhidmatan terbaru ini sama seperti kami membangunkannya.

Yang benar,
Timothy Tiah 
Pengasas Imotiv (dahulu dipanggil Nuffnang X)


Sharing Blog rusukiri

Jumaat, 17 Mei 2013

10 MINIT jer

 Assalammualaikum...

2-3 hari lepas Jabatan Kesihatan ada datang setiap rumah.Dorang buat pemeriksaan dalam bilik air semua.Maklumlah kawasan tempat tinggal CP sekarang HOT DENGGI .Harap-harap kami sekeluarga dijauhkan demam denggi ni.

Berikut adalah tatacara sebagai panduan agar punca pembiakan nyamuk dapat dihapuskan:-


 a) Memeriksa dan membersihkan bekas kosong di dalam rumah atau permis yang mungkin menjadi tempat air bertakung seperti pasu, bekas hiasan atau sebagainya;

 b) Memastikan tong dan sistem pam tandas berfungsi dengan baik dan sekiranya tidak berfungsi, pastikan tong tersebut kosong;

c) Menggunakan semburan aerosol di dalam rumah atau permis pada awal pagi dan senja;

d) Jangan membuang sampah atau bekas makanan dikawasan ‘airwell’ iaitu ruang kosong disebelah dapur untuk mengelakkan saluran air keluar dari tersumbat;

 e) Diminta kerjasama pihak penghuni/penyewa agar membuka pintu semasa pemeriksaan Aedes dilakukan dan aktiviti semburan ‘fogging’ dapat dilakukan dengan lebih berkesan oleh pihak berkuasa tempatan;

f) Amalkan kempen 10 minit setiap minggu untuk membersihkan rumah atau permis untuk hapuskan aedes & perangi denggi. Ingatlah:-

“HAPUSKAN AEDES MEMANG MUDAH. HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI DAN CHIKUGUNYA”.

Pesan Sambil Mengingati Untuk Diri Sendiri Jugak... :)

Rabu, 15 Mei 2013

Menang Besar

Assalammualaikum...


Jom kita masuk peraduan DIGI nie...Hadiah menarik..Orang kata tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu kot-kot dapat Note II  ker..jadi lah kan?Selamat mencuba..keterangan lanjut boleh KLIK DI SINI

Tarikh peraduan dari
6 May -23 Jun 2013

Selasa, 14 Mei 2013

Panduan Mendidik Anak Lelaki


Assalammualaikum....

Nak kongsi sikit sedikit panduan..(di ambil dari Facebook)


Rabu, 1 Mei 2013

KidZania

Assalammualaikum





Ramai yang dah pergi KidZania nie,CP masih belum lagi.Teringgin bawa anak-anak datang ke sini tapi tak tau la bila nak bawa padahal dekat jer ngan rumah.Kat sini ada sedikit info pasal KidZania yang boleh kita kongsi bersama.KidZania Kuala Lumpur adalah tempat di mana anak-anak anda boleh mengalami pengalaman mempunyai kerjaya seperti orang dewasa. Tiada tunggangan atau permainan arked di sini. Sebaliknya, anak-anak anda akan memainkan peranan seolah-olah mereka adalah seorang pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, model, doktor, pelukis atau juga seorang pelakon untuk sehari. Anak-anak anda akan berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater dan banyak di KidZania Kuala Lumpur. Wang yang diterima dalam bentuk matawang KidZania (dipanggil kidZos), boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai di dalam KidZania.


KidZania Kuala Lumpur

Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Waktu Operasi 

 Isnin hingga Jumaat: 10:00 pg – 5:00 ptg 
Sabtu dan Ahad: 10:00 pg – 9:00 mlm (tetapi ditutup sementara pada 3:00 – 4:00 ptg) 

Harga Tiket

 - Bayi (berumur 0-1): Warga Malaysia / bukan warganegara Malaysia (Percuma) 
 - Kanak-kanak (berumur 2-3): Warga Malaysia / bukan warganegara Malaysia (RM 35) 
 - Kanak-kanak & Remaja (berumur 4-17): Warga Malaysia (RM 55) / bukan warganegara Malaysia (RM75) 
- Dewasa (berumur 18-59): Warga Malaysia (RM 35) / bukan warganegara Malaysia (RM 50)
- Warga Emas (berumur 60 tahun & ke atas): Malaysia / Bukan-Malaysia (RM 30)

(Sumber JOmJalan KL)


Tips &  Panduan

1- beli tiket melalui online.

2- pilih sesi kedua 4pm-9mlm.

3- tiba lebih awal dalam 3.30pm sebabnya kita perlu beratur
kita akan diberi maps.jadi rancang sebaik-baiknya nak bermula dimana.Satu-satu tempat mengambil masa paling cepat pun 15-20minit.terdapat 2 tingkat. 

4- utk masuk anak-anak akan diberi cek kidzania yang bernilai 50 yang boleh ditukar dikaunter bank.dengan duit ni anak-anak boleh menggunakan utk membeli barang di joy basket,face painting,body art dan department store.

5- minta anak-anak ke no 2 job information utk membuat resume.

6-  seelok-eloknya biar la anak-anak berkerja dulu,bila berkerja kita akan diberi bayaran atas apa kita lakukan.

7-Dengan wang yang diperolehi boleh la anak-anak nak belajar memasak di kidzania seperti membuat sushi di sushi king,sandwich di ayam brand,burger di king burger,oreo. dll.


Kalau nak info tips dan panduan yang lebih boleh ke SINI

AKTA KOMUNIKASI

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998